
Sesi ujibakat di Alamanda kali ini adalah berbeza daripada lokasi lain kerana ianya diadakan secara terbuka. Para pengunjung terutamanya ibu, bapa dan keluarga dapat melihat bagaimana anak-anak mereka menjalani ujibakat tersebut serta mendengar komen-komen yang diberikan oleh tiga juri berpengalaman iaitu Cikgu Delly, Alfa Booty dan Fazli Zainal.
Untuk memeriahkan lagi suasana ujibakat ini, para pengunjung juga berpeluang bergambar dan berhibur dengan persembahan daripada juara IK3 Harris Alif, juara IK4 Sharifah Nurhafifa (Fifa) serta finalis IK4 iaitu Farisha Asmadi (Irish) dan Hairul Asri Alif Sofian (Hairul).
Adik-adik yang tidak berkesempatan untuk menyertainya di tiga negeri sebelum ini iaitu Pulau Pinang, Johor dan Terengganu, peluang masih lagi terbuka. Malahan kepada adik-adik yang masih tidak berpuas hati dengan prestasi di ujibakat sebelum ini juga berpeluang untuk mencubanya sekali lagi di sini. Manalah tahu, kali ini nasib menyebelahi adik-adik!
Senarai lagu-lagu ujibakat adalah seperti berikut:
Cari Jodoh – Wali Band
Carta Hati – Najwa Latif
Tanpa Mu – Amir Jauhari
Aku Skandal – Hujan
Lelaki Seperti Aku – Alif Satar
Patah Seribu – Shila Amzah
Peserta-peserta ujibakat diwajibkan untuk menyanyikan salah satu daripada senarai lagu di atas. Malahan, jika mereka ada lagu lain yang ingin dinyanyikan bolehlah membawa CD minus one untuk dinyanyikan di depan juri.
Sumber : www.tv9.com.my